Saturday, April 23, 2011

Budaya Meleis = Compare-mengompare.

Kalau berziarah hari raya. Makcik A berziarah ke rumah Makcik B.

Makcik A: Wah, cantik rumah kau ni ye B. Berapa harga ko renovate dapur kau tu?
Makcik B: Tolak campur upah contractor campur dengan material semua ade la dalam RM 30 000 macam tu.
Makcik A: Besar ni kau buat dalam RM 30000 je? Barang murah ni ko beli ni. Rumah aku, separuh dari ni laki aku renovate dalam RM 35 000  tau. Batu bata diimport dari Londonnnnn you knowwww.

Pergi ke ruang tamu makan pulak.

Makcik A: Eh, mana anak ko, di Ima tu? Lama tak nampak dia. Eh, lupa lak. Dia ambik course apa kat Uni kat selatan Johor tu?
Makcik B: OOO, dia keluar dengan kawan-kawan dia. Katanya nak pergi ziarah rumah cikgu sekolah dia. Dia ambik course kimia kat sana. Anak kak A pulak kat mana sekarang?
Makcik A: OO, anak aku kat Toronto lagi. Tak balik al maklumlah kat sana kan tak cuti. Tak apa lah, dia amik medik, sejuk hati aku dari dulu zaman sekolah lagi asyik straight A je gamaknya. Eh, bukan ke anak kau dulu sipi sipi je cukup makan result nak masuk matrik dulu?


Makcik A ni, kalau dia masuk pergi jalan rumah aku, memang aku dah simbah dengan air oren. Nak lagi kau, aku tanak air panas baru aku boleh cakap, WEH MAKCIK, MUKA MAKCIK MELECUR, PASNI BERPARUT, TAK BOLEH LA LAWAN MUKA SAYA TAK ADA JERAWAT NI!!!

Kalau lepas UPSR je, compare anak siapa dapat banyak A, straight A. PMR pulak tanya anak mana yang dapat 8A, 9A. Dapat 7A pun dah tahap bengap la sangat tu. Bila SPM pulak bersaing anak mana dapat universiti obesi. Yang masuk local uni tu cikai.

Dah anak besar, dah kahwin, bersaing anak mana gaji lagi tinggi, pakai kereta paling mahal. Sampai mati ke nak compare? Tak nak compare sapa yang dapat darjat syurga yang paling tinggi antara syurga yang 7 tu?



Hadap sangat dengan perangai macam ni.


Pernah suatu hari dulu. Tempat, rahsia. Masa, rahsia. When seorang makcik tanya aku.

Adik ni dari mana?

Dari Sarawak.

OOO. Datang sini study la eh.

Yup.

Amik course apa?

Kimia Industri je makcik.

Oooo. course apa tu? Ada peluang pekerjaan ker? Anak makcik study dekat %^^%##% sekarang, amik medik, nanti kalau habis gobemen terus ambik kerja, maklumlah medik peluang cerah.

*baguslah. nanti saya sakit, saya boleh jumpa anak makcik ye, bagi treatment free*
fine ini aku cakap dalam hati.

Comparison. Sesuatu yang menyakitkan hati. Lagi lagi dicompare dalam keluarga. Kenapa dia tu boleh, kenapa kau tak boleh? Semua orang ada otak dan akal. Serba lengkap dan sempurna.

Stupid shit. Nak aku mencarut lagi? Tak payah.

Kalau semua orang boleh buat benda yang sama, kenapa kat dunia ni banyak benda yang boleh diexplore. kenapa Einstein ialah ahli fizik, kenapa Shakespeare ialah ahli sastera? Kenapa Sheikh Muzafar ialah angkasawan dan kenapa Chef Wan ialah tukang masak? Kalau Sheikh Muzafar tu doktor, angkasawan, kenapa Chef Wan tak boleh jadi angkasawan?

Kenapa tuhan jadikan kita berbeza beza kemampuan? Kalau anak lu amik medik, kenapa gua tak amik medik? Kenapa aku boleh pitam bila tengok darah? Sebab kalau aku amik medik, semua doktor2 kat dunia ni resign! kahkahkahkah!

Itu pasal jugak kenapa ada orang ada tendency ke otak kiri or kanan. Sebab nak keseimbangan dalam kepakaran dalam dunia ni. Bila orang tanya aku tak nak sambung study lagi ke lepas ni, siap bagi semangat kat aku, "ko boleh fiffy sambung study, orang lain boleh, apasal ko tak boleh?" "sayang muda muda ko taknak sambung"

Dah melalut. Gua emo. Sangat emo.

Bila nak compare. Eh anak orang tu pakai proton je, anak aku pakai merc weh! Kerja siang malam tapi pakai proton, hmmmppph tak berbaloi. Anak aku pergi jual barang, jual kopi je kat downline tengok pakai merc dah.

Ah sudah. Aku nak sambung study. Nak study balik nota first sem. Tak payah tanya aku, wei, kepala hotak ko bodo sangat ke dah lupa apa yang dulu2 Dr Sum ajar?

fsh's thought: Cilaka. bagi sikit otak lu kat aku!

0 kanak kanak main tepi longkang: