Sunday, May 1, 2011

Cadangan imej untuk M-pop supaya kekal hot macam Kpop dengan mengekalkan imej Malaysia boleh!

Amaran: Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Tapi lantaklah. Ala macam la tak biasa yang still skolah menengah pun layan Wonderpet. Eh salah. Wondergirl.

Kenal SNSD? Ala tipu la kalau tak kenal. Yang paha kurus putih dan seksi macam paha aku tu. Sekarang ni, dah ada M-pop. Tapi nak tiru imej Korean pulak sebab nak hot macam dorang. Bukan apa, bukan aku tak jeles korang nak hot dan kelas macam dorang tapi kan, erm, kita kan Malaysian, kita kenalah mengekalkan imej Malaysia Boleh kan.
 Tak ada nafsu pun tengok gamba ni. Alhamdulillah, gua straight lagi.

Imej kat atas ni tak ada melambangkan imej dan identiti Malaysia kan? Kalau nak melambangkan imej dan identiti Malaysia, kenalah ada ciri ciri kat bawah ni:

1. Kain batik
2. Rambut sanggul ala-ala pramugari, ada bunga.
3. Ada nasik lemak. Lagi besar lagi bagus. Bagus untuk mempromosikan nasik lemak antarabangsa di negara luar. (Heh, jangan double meaning tau! :p)

Tak payah banyak, buat permulaan, yang 3 ni cukup. Nampak hot? Mestilah hot. Seksi tu! Silap-silap kalau Kpop tengok ni, maunya dorang letak jawatan tau. Sebelum ni pun artis artis kita dah mempromosikan imej berkemban di mana-mana event. Memang hot kan? Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang serba boleh, dan menyahut seruan membeli barangan Malaysia, marilah kita sama sama memastikan imej Malaysia ini berada di serata dunia.

 Hot kan? tapi tak nampak imej Malaysia.

Tengok macam kat bawah ni, sapa kata rakyat malaysia tak hot? Tak seksi sampai terikut dengan budaya luar?


 Jejai, lu rugi doe tinggalkan dia ni!


 Bekas Jejai lagi. Adoi. Tapi hot kan?

Last but not least,


SAPA KATA TAK HOT WEH????

Kalau letak bunga lagi best, lepastu promot nasik lemak antarabangsa 1 Malaysia. Lepastu boleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan ambik jadi duta skali. Mana la tau kan, agak agak menyanyi hanco, tak dapat jadi M-POP yang berjaya, ada gak job lain untuk hidup.

Kalau lelaki pulak, macam mana nak mengekalkan identiti Malaysia dalam imej dorang eh? Letak badge 1Malaysia kat dada dorang yang dorang cukur bulu dada tu? Fikir-fikirkanlah.

fsh's thought: Cilaka. Dah bersawang blog gua!








0 kanak kanak main tepi longkang: