Friday, May 6, 2011

Lepasni tunggu exam dalam kubur je lagi.

Secara rasminya, aku dah habis exam. Exam terakhir untuk semester terakhir kat UTM ni. Lepasni tak ada exam lagi dah selain kalau aku nak ambik test jpj untuk lesen lori ka, bas ka kapalterbang ka. Tak pun nanti kalau kursus kahwin ada test, kalau dapat A boleh kahwin. Dan bila dikatakan paper terakhir, mestilah akan terukis satu kenangan yang akan terpahat di minda. Ya, Cataysis, aku mengarang cerita dongeng zaman Patih Karmawirjaya tadi. Lagi lagend dari Hikayat Merong Mahawangsa. Agak2 kalau Yusri KRU baca aku punya jawapan exam tadi, maunya dia ambik aku jadi menulis skrip filem baru. Tapi masalahnya bukan Yusri yang semak paper aku, tapi professor yang dah bertahun-tahun pakar dalam catalysis! Uwaaaaaaaaaaaaaa!

Tapi biarlah sejarah jadi sejarah. Bak kata DS Najib, Liverfool ada History channel je kan? Malas nak ingat. Gua ada azam baru. Walaupun tinggal seminggu je lagi, belum terlambat. Selagi tak mampus, selagi tu tak terlambat. Tak nak buang masa lagi. Weekend ni weekend terakhir kat UTM, nak habiskan study ilmu2 terakhir kat sini. Mengadap PSM, slide, prepare for presentation and thesis. Jangan membuta je memanjang macam final exams ni, last minute baru ngadap buku. Cilaka.

Nak tanya aku, apa aku nak buat lepasni, aku pun tak tau. Mungkin menjadi chemist berjaya mensinthesis air liur basi tiap-tiap pagi, tapi pun menjadi facebooker tegar update status tiap2 minit mengalahkan Sokernet. Tak pun update blog then join segmen sontot santai bersama blogger glemer or buat vlog kat 1tube mana lah tau kan? Ya mungkin juga menjadii chemist yang pakar dalam bidang fatty acid, menternak segala jenis saturated, unsaturated fatty acid dalam badan. Lepastu jual mana tau boleh kaya.

Yang pastu nak tak nak aku akan tengok AF lagi. Mungkin memandangkan aku dah lebih 18 tahun, boleh tengok video lucah kat tv3 mungkin.

And heiya! Gua dah habis study sebelum umur gua 21 tahun! Sebulan lagi birthday aku yang ke 21!

Dan harap harap tak ada yang sangkut. Takut betul pergi datang sini lagi next sem. Troma ngadap buku dah woih! Ni lagi satu,


Sejak bila aku lagi glemer dari Tiz Zaqyah ni? Ni yang google nama aku ni apedehal? Nak cari siapa scandal gua? Nanti bila gua dah kompem nak kahwin dengan Harry adik William, nanti gua gebang 1 Malaysia. Upload video kahwin dalam 1tube.

fsh's thought: nak buat slide malam ni. Jangan hari Isnin nak bentang, malam baru buat. Tempah maut namanya tu!

0 kanak kanak main tepi longkang: