Thursday, June 9, 2011

Benda bodoh yang aku pernah buat.

Selalu kawan kawan aku cakap aku ni pelik, kadang-kadang buat benda benda yang pelik pelik. Tapi aku buat benda ni, memang aku terpaksa admit yang aku pelik.

Masa aku first year. Time tu aku risau result exam for first sem keluar. Malam tu, tetibe pulak laptop aku slow gilabab maybe virus kalau ditangkap ada la sebakul kot. Result keluar tengah tengah malam, aku bangun pukul berapa tah, nak check result. sekali aku mengamuk sebab laptop slow, aku hentak keyboard kuat-kuat, sekali berterabut aku punya hurup2 tertanggal. Kalau setakat tanggal boleh atur balik ok lagi, ni habis patah-patah lagi. Ni hal biasala, aku pernah baling spek aku ke dinding pastu patah dua sebab gaduh dengan adik aku time kecik-kecik dulu. Kalau aku tengah baran, sila jauhkan diri dari aku.

Tapi esok pagi dia aku rasa aku pandai, mengalahkan orang buat laptop ni. Aku pergi pasar, beli gam gajah. Aku gam hurup tu satu persatu. Unfortunately, it wont work (Jadah la kalau benda ni semua worked, aku boleh jadi CEO Apple dah lol!). Lagi malang dengan gam dia meleleh terkena kat tempat lain area keyboard aku nih.

Ayah aku tau je, memang marah gila la. Tak pernah manusia kat dunia ni pergi gam hurup ni guna gam gajah. Memandangkan laptop aku still ada warranty time tu, dia soh aku hantar ke Acer. Time ni lagi la aku buat cerita dongeng kat pekerja situ.

(Bahasa Sarawak translated)
Aku: Akak, keyboard yang patah2 ni boleh diganti lagi tak?

Acerian: Meh sini akak tengok. OOO dah patah la dia punya huruf ni, componen dia pun ada hilang gak ni. Kalau ok ni, boleh gak la dapatkan warranty. Tapi kena tunggu lah.

Aku: Kalau boleh nak cepat la, next week actually nak balik JB dah.

Acerian: Kalau macam tu better pergi ke Acer sana la. Tapi yang pelik ni, nak tanya adik honest ni, ada kena tumbah gam tak kat laptop ni? 
Aku: Yup. Kena tumpah gam gajah sikit semalam. Entah macam mana la gam ni boleh kene laptop ni.

Acerian: Owh, so tak boleh claim warranty la ni. Boleh baiki, tapi kena check gak la motherboard dia sebab takut kalau gam dia affect motherboard, pun kena ganti baru. Motherboard sensitif dik.

Aku: Owh kalau macam tu, tak apa la, saya buat kat JB je la nanti.

Aku blah, sebab aku tahan malu nak mati time tu. Kalau la dia tau aku yang sengaja letak gam kat situ, maunya dia g anta nama aku masuk Guinness Book of Record or dia anta aku pergi ke TV3 masuk berita.

Kat JB, aku hantar kat kedai, aku cakap tolong ganti keyboard baru, apa-apahal call kalau siap then aku blah. Aku taknak dia tanya lebih2. Gila! Naib baik tak affect motherboard sebab kerja bodoh tu!

Kesimpulan, Acer tak tahan beb. HAHA

Eleh fiffy, sendiri salah nak blame Acer pulak.

fsh's thought: seminggu lebih rasanya laptop aku ni tak off.

0 kanak kanak main tepi longkang: