Tadi ada Juvana. Walaupun aku tengok adakalanya tak lojik (eh, pelislah, ada ke sekolah pemulihan bawah penjara tu di bawah swasta eh? bukan under gov ke pastu senang senang je nak buang cikgu sebab just tak reti nak handle budak budak gadoh?) tapi tengok jugak. Oh yeah, goreng telur dadar (sebab ni je yang aku reti masak, ringkas dan senang untuk pemalas macam aku, angkut nasik depan tv.
Hari tu tengok bola. Dan sebelum ni tengok bola pagi2 buta tahan je. Lepas tengok bola, bukan nya tidur even habis tengok pukul 5. Main kat fesbuk menganjing MUnyet. Last last lepas subuh baru tidur sampai tengahari.
Habis Juvana tengok Tilawah Al-Quran. Tetiba je yawning n rasa macam nak tutup je mata. Masuk bilik even masih pukul 10.16 pm. Bukak fesbuk, huah lagi.
Bangang, setan mana yang berani bergayut kat mata aku ni.
Juara AF dapat RM 200k der, dapat rumah, ada kereta. Juara tilawah dapat RM 15k. Juara AF dapat kita build dalam masa sepuluh minggu, tapi nak latih dengan tajwid2, then baca al-Quran dengan nyanyian macam tu, bertahun beb.
Tapi aku tak dapat nak tipu diri aku bahawa aku lagi berminat tengok Juvana dari Tilawah. Nasib baik tak panas ulu hati dengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Bila nak insaf, entah.
fsh's thought: gua dah start bosan dah woh!
0 kanak kanak main tepi longkang:
Post a Comment