Friday, June 24, 2011

Tipu la kalau korang tak buat benda ni zaman sekolah rendah dulu.























Keh keh keh.

Benda wajib kat buku biodata:

Nick name kena ada. Senaraikan semua nickname yang orang panggil. Lela ke, manja ke, gegel ke, tulis semua even pakwe dia je yang panggil dia gegel.
Google? Ah, sudah.

Nombor telefon. Zaman akhir 90 an dan awal 2000, budak sekolah rendah mana ada macam budak sekarang. Kecik kecik dah pegang handphone. So, letak nombor rumah or nombor hp parents. Ha ngorat la kalau berani!

Cita-cita. Ni memang stenderd la. Doktor la, arkitek la, engineer la. Kang masuk U belajar kalkulus terus nangis tak reti jawab exam.

Ucapan tak boleh belah la. Lagi lagi kalau nak berpisah hujung tahun darjah 6, nak masuk sekolah menengah katakan. Remember me always, awak jangan lupew ittew taw! Best fren forever okeyh!

Padahal habis SPM, memang buat2 tak kenal je member sekolah rendah lalu time g shopping. Puih.

Hiasan hiasan lukisan bunga bunga, blink2, pastu emoticon muka senyum peace2 jadah tu memang wajib ada. Orang yang ada buku biodata tu, buku kulit keras gambar kartun bukan main, 1 buah buku tu memang paling murah pun seploh ringgit, padahal buku latihan bahasa melayu tu yang harga RM 1 tu pun liat gila nak beli.

Ok bai.

fsh's thought: Sila abaikan tulisan aku yang tunggang langgang itu. Tu tulisan budak berumur 21 tahun. Bukan 12 tahun. Sekian.

0 kanak kanak main tepi longkang: