dan juga kepada sesiapa yang rasa dia suka saya diam diam, secret admirer ke ape, lantak la, boleh jugak baca.
Mungkin awak hensem, sebab taste saya lelaki yang hensem. Kahkahkah. Tapi jangan la mengharap saya pun setanding dengan awak bila berjalan sebelah awak. Mungkin awak smart, bergaya, tapi saya tak. Pemakaian saya tak gorgeous macam perempuan lain, bukan macam model, macam artis sebagaimana lelaki lelaki kat dunia ni idamkan. Saya tak pakai make up pun, tak pakai perfume mahal, tak pakai feminine dress or blouse, tak pakai heels shoes. Saya lebih selesa pakai sneakers, pakai tshirt hitam murah yang dijual kat kedai tepi jalan, dan juga handbag yang saya rasa dah 3 tahun saya tak beli baru sebab saya bukan kaki shopping benda benda macam tu.
Walaupun saya tak pasti awak wujud ke tak, sebab saya pun tak tau jodoh saya macam mana sebab sekarang dah lebih 21 tahun saya membujang, boyfriend pun tarak tapi saya nak jugak bagi surat ini untuk awak.
Saya seorang perempuan yang tak sesempurna dan secantik wanita lain. Saya tak ayu, dan bukan seorang yang lemah lembut dan tak romantik. Kadang kadang kalau saya bergurau or marah, kadang kadang saya akan terotometik menampar dan memukul kadang kadang boleh tersepak awak sampai awak sakit kaki. Tak caya, tanya kawan kawan saya. Dulu zaman sekolah saya pernah hentak kepala budak lelaki kelas saya dekat papan hitam sampai benjol dan menerajang bahu sorang budak lelaki sampai dia menangis. Kalau saya cakap pun suara saya tinggi sampai ke langit, dan gelak pun tak boleh nak control even depan lelaki yang saya suka. Kalau awak tak sanggup tanggung risiko ini, sila pergi jauh jauh dari saya.
Saya juga benci bunga. Dan juga any girl's stuffs yang lain. Kalau awak rasa awak nak buat romantik konon birthday saya nak buat surprise bagi 100 kuntum bunga rose kat belakang kereta, pastu letakkan rantai emas yang harga paling mahal kat dunia ni pun, lupakan lah. Better awak bagi saya laptop ke, gadjet ke, mp4 or sneakers or any sport wears yang boleh saya pakai hari hari dan boleh saya guna untuk merayap. Dan jangan harap kalau apa apa event nak buat candle light dinner kat hotel saya nak pakai dress paling merelip lepastu pakai handbag coach ke guess ke, LV ke, dan pakai high heels tak payah mimpi la. Better ajak saya pergi dinner kat kedai mamak, pekena roti telur sebijik dua lepastu tengok bola or lepak sampai pagi. Lagi best. Bukan apa, saya tak nak awak malu, kalau makan kat hotel control semedang tu habis terpelanting sudu garfu segala, tu tak kisah lagi, tapi apa jadi kalau garfu terpelanting tercucuk ke mata awak, kan saya dapat laki buta?
Mungkin awak hensem, sebab taste saya lelaki yang hensem. Kahkahkah. Tapi jangan la mengharap saya pun setanding dengan awak bila berjalan sebelah awak. Mungkin awak smart, bergaya, tapi saya tak. Pemakaian saya tak gorgeous macam perempuan lain, bukan macam model, macam artis sebagaimana lelaki lelaki kat dunia ni idamkan. Saya tak pakai make up pun, tak pakai perfume mahal, tak pakai feminine dress or blouse, tak pakai heels shoes. Saya lebih selesa pakai sneakers, pakai tshirt hitam murah yang dijual kat kedai tepi jalan, dan juga handbag yang saya rasa dah 3 tahun saya tak beli baru sebab saya bukan kaki shopping benda benda macam tu.
Saya tak reti masak. Serius. Saya reti masak nasi guna rice cooker, walaupun kadang kadang menjadi bubur. Ala, bak kata peribahasa, nasik sudah menjadi bubur. Tak tau? Ala, awak tak belajar komsas ke zaman sekolah dulu? Tapi saya reti masak maggi, masak telur dadar, dan goreng kentang dan nugget. Tu pun saya sediakan segala PPE (Personal Protective Equipment) seperti pakai glove memasak, tutup muka dengan kain, dan jauh dari api. Saya kan pengamal OSH yang baik. Sama juga seperti dalam makmal. Ok bab ni dah melampau sangat. Sebab, masa kecik saya firephobia. Takut dengan api. Sekarang dah kurang dah. Eh, ini alasan? Kahkahkah. Lantak lah.
Saya juga suka sorang sorang. Awak jangan heran kalau saya pergi merayau sorang sorang kalau awak pergi kerja ke apa, saya tengok wayang, shopping, makan kat restoran sorang sorang. Saya dah biasa. Awak jangan risaukan saya pulak sebab I'm sure tak kan ada yang berani culik saya or apa apa sebab saya bukan jenis perempuan idaman lelaki. Awak juga antara yang agak bernasib malang kot sebab pilih saya jadi bini. I have nothing so tak ada nya orang nak culik saya sebagai tebusan nak dapatkan duit or apa apa.
Saya bukan jenis yang cepat cemburu ke apa, saya tak kisah awak nak dok lepak dengan kawan kawan perempuan awak, asalkan awak tak curang dengan saya. Tapi, awak juga kena faham saya, saya juga banyak kawan lelaki, jadi awak jangan nak jeles kalau saya nak g kuar lepak dengan kawan kawan lelaki saya. Sebab even saya borak mesra dengan lelaki lain sekalipun, awak tetap cinta hati saya. *muntah*
Kalau awak tahan semua ni, awak boleh terima saya seadanya, dan juga saya harap awak bersedia terima saya yang macam ni. Kepada yang suka dengan saya secara diam diam sekarang, or yang dah confess kat saya (eh, ade ke? kahkahkah) kalau tak tahan, better blah awal awal. Jangan nanti awak dah jatuh cinta dengan saya tapi tak tau saya macam ni baru nak menyesal, hahahahaha padan muka.
Kalau awak curang dengan saya, or tipu saya sebab ada perempuan lain, dengan baik saya akan mengundur diri, tapi jangan harap saya nak bagi muka dengan awak lagi. Kalau awak nak hidup bahagia dengan perempuan lain saya tak kisah, saya tak akan kacau hidup awak, dan awak juga jangan kacau hidup saya.

Yang benar,
Fiffy Syafiqa Hazirah.
fsh's thought: Esok rally Bersih? Hahaha ada aku kisah? Nasib baik tak buat rally kat Kuching ni, best aku nak jalan jalan tanpa jam. Wakakaka. BTW, fakiu Bersih!
0 kanak kanak main tepi longkang:
Post a Comment