Sunday, July 17, 2011

Tak nak update pasal politik. Tak nak update pasal bola. Update pasal kucing.

Sebenarnya, gatal nak update blog. Tapi tak tau nak update pasal apa.

Nak cerita pasal politik, aku tau ambik port sangat pasal politik. Kang aku bagi opinion kang, ada pulak blogger lahanat counter aku balik cakap aku tak habis baca, tak tau sejarah lah, itu la, ini lah, tulis reason yang nampak aku ni bodoh la, golongan dia je yang betul. Orang lain semua salah. Semua orang lain ahli neraka. Dia je penuh rahmat, bakal masuk syurga.

Nak cerita pasal bola lak, semangat jati diri orang Malaysia lemah, orang cakap aku x faham erti minat kang. Ye la kan, Liverpool, Arsengal tu semua datang sekali sekala kan, apa salahnya pakai jersi dorang. Dan jawapan standard ialah,

Walaupun kami pakai jersi merah, tapi hati kami tetap Harimau Malaya!

Kira macam orang cakap,

Walaupun saya karatkan rambut, saya seksi, saya masuk disco, tapi saya tetap orang Islam! Hati saya tetap berpegang teguh dengan Islam!

Aku malas dengan ayat-ayat clise macam tu, so aku nak cerita pasal kucing aku. Anak kucing aku dah besar dah. Walaupun umur tak sampai seminggu, tapi kiut gila beb! Ye la anak kucing aku je kiut. Kucing orang lain tak kiut.

Masa mula mula lahir tu, dorang kotor, basah, kecik, bulu pun tak teratur. Tapi sekarang, bulu dorang gebu giler!

 Kerja dorang ialah menyusu, tido, menyusu balik, tido.

 Dah macam segugus kucing. Eh

 Mak dia ni baik gila. Kewl! Dia tak marah pun aku kalau aku main dengan anak dia.

Kaler dorang lebih kurang sama je.

Aku suka main hidung kucing. picit2 hidung dia. Geram betul. Lagi lagi kecik macam ni. Part muka dia aku geram sangat. Aummm!

Tali pusat dah putus dah Jumaat lepas. Mata je belum terbukak lagi. Rasa macam omg, macam ni dah rupa kucing yang dulu kotor, berselaput gel yang keluar dari bontot mak dia dulu?

Eh, agak agak macam tu jugak mak kita tengok kita kan. Dulu kotor, pastu lepas mandi, makin hari semakin kiut. Sekarang dah besar, boleh pulak melawan cakap mak.

1 bende yang aku musykil dengan mak dia ni. Memandangkan dia actually kucing liar, tetibe je macam turun dari langit tetibe masuk rumah aku dengan selamber pastu tak balik tempat asal dia, dah sebulan lebih dah ni. Tapi aku tak tau mana tempat dia buang taik dan kencing. Aku dok check sekeliling rumah aku, tak ada pulak taik dia. Sekarang dia tinggal kt bilik aku sebab anak dia dalam bilik aku, beranak dalam bilik aku. Kira bilik aku macam pusat veterinar dan nursery untuk haiwan haiwan. Tak kan sebulan lebih ni dia tak berak kot?

Dia jugak tak layan friskies semua tuh. Penat je aku beli dia tak layan. Aku dok makan ikan ke ayam, mengada pulak nak makan gak. So, jimat duit aku. Aku bagi sisa makanan je kat dia. Padan muka.

Jahat tak aku jaga kucing? Kahkahkah, tadi dia marah kat aku sebab bawak anak dia letak atas meja, atas katil, sebab aku nak aja anak dia martial art.  

Aku tak sure aku boleh jaga dia orang lama. Sekarang ni boleh la sebab aku tak kerja lagi. Nanti aku tak sure. Kang berak merata kang, dah la mak ayah aku tak layan sangat kucing ni. Nak harapkan adik aku, tak payahlah.

fsh's thought: giler


0 kanak kanak main tepi longkang: