Saturday, August 27, 2011

Sebab mereka cuai dan tak kisah.

Pernah tak kalau korang nak pergi keluar jalan dengan family (ayah or abang dan adik lelaki) or dengan kawan kawan lelaki, then bila dah tutup rumah, masuk kereta, lepastu dorang cakap,

Astaghfirullah, handphone tertinggal dalam bilik mandi lah. Balik lagi lah nak ambik.

So, dah sampai simpang keluar, balik lagi ke rumah then dorang masuk rumah ambik balik barang yang dorang lupa tu. Bukan takat handphone, kadang2, spek mata, wallet pun boleh lupa doe!

Kadang-kadang memang geram jugak aku. Maunya tak, dah la aku yang tukang kunci rumah, kunci gate, sekali dah masuk kereta adik aku lak meragam. Cap dia lupa la, stoking lupa pakai la, wallet lupa la. Heran betul aku macam mana benda yang necessary macam spek pun boleh tertinggal? Kalau sekali dua tak ape gak, ni dah berkali2 tak terkira aku tak leh blah gak la.

Lelaki cakap dorang memang tak layan benda benda remeh. Tapi kalau benda remeh tak peduli langsung, lama lama jadi besar jugak. Contohnya kalau kat rumah, berapa ramai je lelaki yang nak basuh sendiri gelas or piring lepas dorang guna untuk makan kacang time tengok tv? Berapa orang je yang nak kemas meja lepas makan even just makan kuaci dengan air kopi, ataupun yang rajin susun kasut kat luar rumah supaya tak bersepah? Tak pun susun kusyen kat sofa lepas tengok tv? Susah sangat ker?

Bukan nya nak kisah la kalau setakat kemas benda sikit-sikit tu. Tapi kena berpada gak la. Lepas aku cuci pinggan kemas dapur, then bila adik or ayah datang ambik air then gelas tu tinggalkan ke singki. Susah sangat ke basuh gelas yang satu tu? Bukan ape beb, kalau dah terbiasa kang, nanti kena tinggal bini or bini keje ke, rumah macam sangkar tikus kot gamaknya.

Tapi tak ape la, redha je la. Sebab lelaki dan perempuan memang berbeza kan? Aku cakap lebih lebih kang ada pulak lelaki butthurt pastu list down apa dorang tak puas hati pasal perempuan ye dok? Make up tebal, berkemas lama sampai dorang bertelur menunggu, shopping berejam2 sampai dorang tunggu pun sakit kaki, yedda, yeddaaa. Tu pasal lelaki dan perempuan saling melengkapi kan? Masing masing ada kekurangan dan kelebihan sendiri. Kelebihan perempuan menutupi kekurangan lelaki dan juga vise versa.

Ayat bawah tu nak jaga hati lelaki je. Wakakaka. Okthxbai.

fsh's thought: Dah dekat nak 2 tahun aku blogging ni, macam banyak lak dosa aku dengan readers aku. Sebab aku kan mulut longkang gak kan nak mengutuk, tau ada je yang kecik hati kan? Eh, kawan kawan aku pun ada yang kecik ati baca blog aku ni. Bukan takat kecik ati, tapi dah ..  okla bai.

0 kanak kanak main tepi longkang: