Thursday, August 4, 2011

Sebab mereka Yahudi jadi boleh tuduh sesukahati?

Kalau kat fb, bukan setakat social network. Tapi dakwah network, MUHUN SYER network, fitnah network dah segala macam lagi network yang ada. Ye la kan, kalau ada ilmu tu kongsi-kongsi lah kan, dapat pahala. Kalau ada berita penting nak bagi hulur dengan umat Islam lain, inform2 lah kan, guna fesbuk, guna blog.

Eh, sebelum aku nak merapu meraban, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa bagi yang muslim baca blog aku ni. So kurang2kanlah gaduh, tahanlah makan dan minum di siang hari dan jugak jangan lah nak memfitnah. So bulan lain boleh lah memfitnah eh? erk.

STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelup dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam.

Yang ni dah berlambak tersebar kat fesbuk dan blog. Kira macam menyampaikan kebenaran, lalulah berkata si meleis,

 Starbuck harom lah. Coffee Bean harom lah, dasar Yahudi, nak meruntuhkan umat Islam! Jakim pun sama bagi duit je terus halal! Kita tanam lah bijik kopi sendiri belakang rumah, blend sendiri barulah kira halal wa taiyyibbahhh!

Check kat http://www.halal.gov.my/v3/. Bila check, ada pulak.

HAHAHAHAHAHA
Coffee Bean pulak, carik lah sendiri.

Eh tapi kan Fiffy, JAKIM ni bukan boleh percaya sangat. Bagi $$$$ je terus boleh halal beb. Jangan nak percaya sangat. Nota dari fesbuk lagi boleh percaya. Sebab pakcik kopiah yang sebarkan.

JAKIM tak boleh percaya ye. Tapi notes dari fesbuk yang entah dari mana tuh boleh pulak percaya? Sekurang-kurangnya JAKIM dah authorized untuk buat kerja-kerja ni. Yang deal dengan Jabatan Kimia Malaysia untuk buat kajian, yang berulang-ulang kali repeat experiment untuk confirmkan result halal/haram sesuatu product tu betul dan sahih. Ingat kerja tu senang? Dulu time aku praktikal kat Jabatan Kimia, Jabatan Agama hantar sample kicap apekebende tah, nak check ada tak boric acid dalam tu. Kalau ada dan melebihi specifikasi (tak silap aku, boric acid dalam food act memang tak boleh langsung) memang tak lepas halal. Tu pun kalau positif kat JKM cawangan, hantar lagi ke HQ untuk pengesahan. Tu baru boric acid, belum lagi babi. 

Yang nota dari fesbuk tu, sapa yang buat kajian? Certificate dia mana? Competent ke tak? Siapa yang mula buat tu? Pengesahan dia ada tak? Terus nak percaya? Same goes to KFC, Secret Recipe, McD dan entah apa apa lagi yang dulu orang pung pang cakap harom. Lepastu bila bidas sikit terus cakap, ala company Yahudi tu, halal ke harom ke, dorang sumbangkan duit ke zionis nak beli senjata nak bom Palestin!

Tapi dorang ada tak menipu macam sebilangan company MLM bajet Islamik yang dok sembelih pembeli dengan harga yang tinggi? Ada tak dorang fitnah, or tuduh company lain buat salah demi menaikkan profit company dan tambahkan pelanggan? Ada tak dorang buat scam nak cakap product tu ini bagus untuk kesihatan lepastu bagi kajian saintifik pundek pekejadah yang penipu orang? Tak ada beb tak ada.

Dorang buat marketing punya baik, buat iklan kat tv, suratkhabar, improve makanan dorang macam KFC n McD. Musim ni prosperity, lepastu GCB so orang sentiasa datang ke restoran dorang. 

MLM pulak? Buat promosi tingkat tingkat ambik level crown la apa la, lepastu dok paksa orang beli. Satu apa pun tak ada advert dorang kat tv. Dah laku sangat ler tu. Lepastu kalau tak laku tuduh orang Islam nak sokong Yahudi bagai.

Kat Sarawak ni ada satu fastfood restaurant nama Sugarbun. Ala-ala KFC, MarryBrown jugak la. Sedap beb. Nasik dia memang jauh beza dari nasik KFC tuh. Orang tempatan punya. Tapi masalahnya, kurang marketing, kurang advertisement, tak berapa laku. Ada beberapa yang lingkup dah. Tapi tak la buat mlm macam satu kompeni Fried Chicken tu pastu tuduh KFC tu harom. Ape tah nama kompeni tu. Lupa lak.

Kesimpulannya, nak lakukan bisnes, marketing kena mantap, makanan biar sedap. Bukan tuduh company lain bubuh babi. Belajar la bisnes dengan Yahudi macam mana dorang buat bisnes baik. Bukan belajar menipu kaum sendiri.

Fiffy, kau macam sokong Yahudi nampak. Tak nampak ke berjuta rakyat Palestin menderita disebabkan Israel dan Zionist? Kau ni memang tak berhati perut lah.

Kalau lah kau ditakdirkan dilahirkan sebagai Yahudi macam mana? Boleh lah aku terus boikot kau? Nasib lah kau dilahirkan sebagai Melayu. Ke Meleis? Lantak lah.  Dulu pun aku penah fikir. Asal Yahudi je kita banteras. Tak kira la Yahudi umur 5 tahun yang tak tau apa apa tu, tu semua dilaknat. Tapi rupanya... Oklah. aku pun dalam process belajar tentang perbezaan Zionist, Yahudi, Israel, Judaism secara menyeluruh.

Ada aku cakap aku sokong benda-benda tuh? Ya maybe ada la company company tu yang bagi duit untuk Zionis beli senjata ke apa, nak musnahkan Islam. Tapi, dorang manusia jugak. Tak ada hak kita nak tuduh dorang sebarangan. Lainlah kalau korang boikot semua Israel company sebab tak nak bagi income kat dorang sebab tak nak bunuh saudara Islam sendiri. Aku hormati itu. Tapi bukan nak runtuhkan dorang dengan cara memfitnah.

Tapi Fiffy, fastfood joints macam ni bukan baik untuk kesihatan pun. McD tu pengawet banyak wooo. Silap silap masuk ICU ok.

Der, ada tak dorang claim makanan dorang baik untuk kesihatan? MSG berlambak tak hingat, pengawet, but that is not a reason for us to fitnah dorang beb. Dah tau benda tu tak menyihatkan, buat apa datang selalu? Jaga kesihatan sangat, tak payah la minum carbonated drinks, ayam goreng tu semua. Macam korang pergi bazaar ramadhan jugak, beli makanan tak hingat dunia. Hari hari ayam percik, murtabak, canai, roti john, ingat benda tu menyihatkan ke?


HAHAHAHA. 1 lagi benda. Mono di-glycefi deswhich tu amende? Dari origin pork? Aku carik dekat google mana la tau ada scientific article pasal mende tu. tapi sekali aku check, 

Semua result tertinggi ialah yang blog copy paste note tuh.

Result hanya 4 pages je? Dan semua seo web dia pun yang copy paste notes tuh.

Mono glycerides aku tau lah. Kahkahkah. Almaklumlah, aku kan tak habis sekolah lagi. Tak paham la sains kimia-kimia punya istilah nih.

Penat doe aku adjust-adjust perkataan dia. Di-glycephi la, glycofi la semua fail. Mana lah tau yang tulis notes tu kuat typo macam aku.

Ah, sudahlah. Penat aku berdebat hari ni pasal ni.

fsh's thought: Ilmu bukan sekadar untuk dapatkan sijil, degree semua tuh je. Untuk memastikan kita tidak ditipu orang sembarangan. Otak kena guna jugak. <--- peringatan untuk diri sendiri yang malas belajar.

0 kanak kanak main tepi longkang: