Wednesday, September 14, 2011

Rabu yang banyak cakap.

Lama aku tak update blog (padahal 2 minggu lebih je, pirrrrahhhhhhhhhh!) jadi aku nak update sekarang. Aku nak update ala-ala Tun Mahathir lah.

1. Raya dah habis. Nak citer pasal raya, raya aku macam biasa je la, balik kampung sebelah mak sampai raya ketiga, lepastu balik Kuching. So keadaan hari raya macam biasa je seperti tahun tahun lepas, so sila rujuk entry raya aku tahun lepas. Sama je. Kahkahkah.

2. Aku still macam ni, kat rumah. Tak pergi mana-mana buat masa ni. Tak kerja lagi yang menjamin masa depan macam member member aku yang lain, ada yang dah jadi engineer, chemist, executive, blablablabla.

3. Almost 4 months menganggur terasa otak aku tepu berkarat sangat. Tak boleh jadi ni.

4. Anak kucing aku dah genap umur 2 bulan pada 12 September hari tu. 2 ekor tu makin membesar, sekor tu kecik kurus sebab taknak makan sangat. Dan paling best dorang tu bijak2 semua. Tak berak merata lagi, kalau berak, berak kat dalam litter box.

5. Waiting and waiting.

6. Tak lama lagi konvo. Next week pergi UTM. Yeay! (Padahal dulu kalau part nak balik UTM tu la muka masam, hati macam kena kikis2 je).

CILAKA, MACAM LA AKU NI ARTIS NAK UPDATE BENDA BENDA MACAM NI. FAK!

Sekarang, aku dah jadi temporary teacher. Kat sekolah rendah aku masa darjah 5 dan 6, 10 tahun lalu. And now, aku kembali ke sana untuk menjadi cikgu, bukan pelajar. Gua ulang balik, as a teacher, bukan student.

Budak budak sekarang nakal nauzubillah. Senakal-nakal time aku dulu kat sekolah, tak la pandai melawan cikgu dan kurang ajar dengan cikgu macam budak budak sekarang. Lagi lagi kalau masuk kelas hujung (erm, you know, kelas bebal!) memang naik darah aku.

Semalam aku tarik telinga budak. Hari ni aku pukul tangan budak sebab kurang ajar sangat. Dia ingat aku tahap member-member je ke kat dia? Jangan aku, cikgu cikgu otai kat sekolah tu pun dorang tak takut. Menjawab. Ape lagi kalau dah kelas tu tinggalkan kat aku sorang. Memang la, kalau tak ada undang2 maunya sorang sorang aku dah terajang macam aku terajang budak zaman sekolah dulu. Eh, behave.

Tapi sekarang, budak budak naik kepala bukan ape tau, kena marah sikit, kena hukum sikit, mak bapak datang mengamuk kat sekolah. Nak backing anak dia sangat. Kalau dulu, aku kena marah cikgu, takut gak aku nak balik rumah sebab cikgu cikgu kawan mak ayah aku, memang kompemnya dorang bagitau mak ayah aku then balik rumah maunya kena leter balik. Dulu masa darjah 2 aku pernah basah basah main hujan. Rupanya cikgu kelas aku bagitau mak aku masa mak aku ajar kelas aku. Lu tau perasaan gua macam mana? Seram beb. Sekarang? Toksah cerita.

Menacbar betul jadi cikgu ni. Mengadap instrument pelik pelik yang tak habis rosak kat makmal tu pun tak sakit jiwa macam ni. Tension tension pun, aku geram pecahkan flask je. Ni sakit hati dengan budak, takkan aku nak patah patahkan tangan budak, ingat ni apa, Final Destination? Dealing with people, lagi lagi dengan budak2 macam tu, memang mental and fizikal kena bersedia. Lagi lagi macam aku semalam. tengah tengah syok tido kol 9 pagi, pejabat pelajaran call aku soh aku lapor diri kat sekolah. Lepas daftar terus sit-in kelas 4D yang memang masalah tu. Dengan aku still blur lagi, memang macam &&%$#%^. Nasib baik budak UPSR, so just masuk sit in je kelas kelas yang ada tu, kalau terus mengajar? Maunya aku bagi ajaran ayah pin or ajar dorang macam mana merapu kat fesbuk.

Aku rasa nak ubah mentality orang yang selalu cakap,

"Tak payah la kerja lain, jadi cikgu senang, cuti banyak, kerja sampai tengahari je, gaji jalan even hujung tahun tak kerja".

Aku nak cakap satu je yang selalu fikir macam ni, FAKIU!

Tahu tak aku ajar apa? Aku ajar Pendidikan Islam. Budak budak panggil aku ustazah. Problem?

fsh's thought: Aku rasa nak private je blog ni lepasni. Nasib budak sekolah rendah. Kalau sekolah menengah, selalu jadi BBNU yang blogging tulisan macam haram then baca blog aku ni, aku nak quit terus la!

0 kanak kanak main tepi longkang: