Dulu-dulu masa zaman sekolah, bukan main lagi cita-cita. Budak paling pemalas dan nakal dalam kelas pun kalau di tanya cita-cita, mereka pun ada. Aku tadi hukum 2 orang budak suruh berdiri depan pintu kelas sebab nakal sangat. Gua berleter entah ape tah, pastu tanya dorang cita-cita nak jadi apa? Aku tanya, belajar malas sangat pastu bermain je kuat nanti dah besar nak jadi apa? Dorang nak jadi perogol ke? Perompak? Pencuri?
Tapi masing-masing tak nak. Sorang nak jadi polis. Sorang nak jadi askar. Lepastu yg tengah bertumbuk dengan member menyampuk, nak jadi doktor. Biasalah, cita-cita standard kan. Kah kah kah.
Sekali dah besar ambik course yang langsung tak pernah disebut zaman sekolah.
Oklah. Berbalik kepada asal. Masuk matrik, dah semakin limited punya cita-cita. Dulu masa sekolah nak jadi akauntan, sekali kat matrik ambik sains hayat. Memang jauh benar lah bunyinya.
Masuk universiti lain pulak. Dah ambik course yang dipilih, bukan cita-cita nak jadi apa lagi difikir. Yang difikir, macam mana aku nak siapkan 5 assignment yang kena hantar esok ni? 3 bulan lecturer bagi masa, langsung x sentuh. Oklah. Tak. Aku tau korang semua rajin x macam aku.
Bila dah final sem pulak, lain pulak kene fikir. Kalau yang stock first class tu tengah fikir, nak kerja ke nak ambik PhD? Kalau nak ambik PhD sayang jugak dengan offer kerja ni. Shell offer 5K, Petronas Offer 4.5K. Tapi rasa nak menuntut ilmu sehingga ke liang lahat wohhhhhhhhhhhhhhhh!!
Kalau stok student macam aku ni pulak, haihhh, entah dapat ke tak grad on time ni! Thesis tunggang langgang, subjek ada flunk pastu repeat then lulus cukup-cukup makan pulak! Kalau dah grad nanti entah ada tak company sudi terima aku. Rasa nak sambung master pun ada gak tapi requirement tak cukup lah! Lecturer pun tak ada yang sudi jadi supervisor sebab supervisor lama dah kabo kt lecturer lain jangan ambik aku sebab aku masuk lab sekali 1 sem je! Lepastu thesis nak dihantar lecturer yang tulis!
Amboi, hiperbolic betei.
fsh's thought: Dah. Sampai disini sajalah. Sebab aku nak buat kerja. Kbai. Tergantung? Ala biasa cerita Melayu.
0 kanak kanak main tepi longkang:
Post a Comment