Thursday, October 27, 2011

Server not found. Huk oloh.

Rasa sangat down sekarang. Tak tau la nak cakap apa dah dengan aku ni. Langsung tak productive sejak 2 menjak ni. Lame. Rubbish. Kalau buang dalam tong sampah pun tak ada orang kisah kot. Sebab output-input sama je sepanjang masa. No effect kat dunia, bangsa dan negara. Kat family ada la kot. Itu pun sikit. Maybe give bad effect kat some of my friends.

Aku dah habis contract mengaja dah minggu lepas. Lega. Sebab dalam sebulan aku mengajar aku tak buat hal sampai masuk Metro. Everything went smoothly #ehyeke? Yang kau nangis time mengaja sebab budak terlampau nakal tu dan lepastu kau ____________(sila isi sendiri) sampai putus wedges kat kaki kau tu smooth apenye? Tapi dalam sebulan tu banyak gak aku belajar. Benda yang aku tak pernah lalui dalam hidup. Yang tak pernah aku belajar sepanjang kat universiti. Mana pernah aku dalam hidup handle lebih dari sepuluh orang sekali dengan macam-macam perangai? Selalu aku bawak diri sendiri je mana peduli dengan budak-budak ni. Adik aku yang sorang kat rumah ni pun mana aku peduli sangat. Sometimes we are like strangers. Beza umur 6 tahun memang menjadi jurang gak dalam pergaulan sebab minat lain-lain. Mengajar kat sekolah di mana aku telah belajar selama 2 tahun memang seriously, awkward gila rasanya. Masa aku sekolah situ dulu, aku benci betul sekolah tu. Lepastu after 10 years, datang jadi cikgu pulok. Serau aku seminggu nak ambik masa sesuaikan diri.

After 1 month, aku boleh la sesuaikan diri. Dah boleh belajar macam mana control budak-budak dengan ok tanpa kekerasan. Sikit lah. Boleh la simpan ilmu dan pengalaman ni kalau jaga anak-anak sedara time aku dah tua sikit nanti. BTW Mengajar amatlah senang tapi mendidik tu bukan senang.

Sekarang, aku ambik keputusan nak sambung belajar balik. Walaupun aku rasa macam konfius je, eh boleh ke aku nak sambung masters ni padahal time degree pun tunggang langgang gila study aku. Tapi benda ni memang dah berlegar legar dalam kepala hotak aku since aku balik Kuching lepas habis study dulu, tapi tak berani nak decide betul betul takut salah pilih. Kang menyesal kang naya. Ye la, aku bukan diantara yang terbaik pun time study. Cuma.. hanyalah diantara golongan picisan yang berjaya grad on time. Apply kerja, ada beberapa interview call aku ignore je. Lepastu bukan serious pun carik kerja. Kerja aku ialah makan tido makan tido fesbuk kat rumah ni macam beruang. Time konvo dulu baru la aku betul betul nak decide sambung balik. Tu pun celaru gila.

And now, still doing my proposal kat sebelah ni tak siap-siap. Distracted a lot. Too much. Tu pasal tak siap-siap. Rasa memang tak tenang je otak ni nak fokus. Fikir banyak sangat pasal macam-macam. Lepas fikir tu kena buat solution lak tu for any problems. Lepastu conclusion. Tapi kalau bab study taknak pun detail-detail nak buat. Dasat gak jadi pompuan ni fikir banyak sangat.

Hanya disetiap hujung solat aku berdoa semoga semuanya baik-baik belaka. Walaupun aku memang bukan seorang muslim yang baik, anak yang baik, kawan yang baik mahupun pelajar yang baik, tapi aku mencuba ke arah itu. Tapi dasar iblis memang lah kan, lupa je semua tu. Lupa matlamat. Alamatnya jadi iblis gak perangai.

fsh's thought: Puih, panjang gak aku menaip ni. Memang tak boleh betei aku bukak blog. Asal update mesti berjela.

0 kanak kanak main tepi longkang: