Kat dunia ni, kadang-kadang kita kena buat satu keputusan yang mempunyai pelbagai kemungkinan. Sama-ada baik, mahupun buruk. Tapi kadang-kala kemungkinan yang buruk tu lah yang membuatkan kita rasa ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri rancang.
Paham tak? Aku bagi beberapa-situasi di sini.
Disclaimer:
Ini ialah cerita rekaan. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
Situasi satu:
Kau seorang perempuan, fresh graduate dari course engineering yang baru habiskan study (cilaka, dah namanya fresh graduate mestilah baru habis study), then dapat dua offer kerja. Yeah, sebagai contoh, kau study kat Johor, lepastu kau tinggal di Melaka bersama family kau. Then, kau dapat offer kerja sebagai production executive di sebuah company di Melaka, dan satu lagi offer sebagai graduate engineer di sebuah company Oil and Gas di Bintulu, Sarawak. Kau fikir masak-masak, biasalah O&G field memang impian kebanyakan engineering graduate. So, kau pun nak terima kerja kat Bintulu tu. Gaji ok, kau dah survey semua keadaan sana, not bad lah. Just kena la susah-susah pada mula-mula sebab nak sesuaikan diri dan settle down kat sana dulu. Kau ok je, nanti-nanti dah biasa, oklah tu kan. Try suasana baru.
Tapi, orang sekeliling terutama family kau, ragu-ragu dengan keputusan kau. Dorang suggest kau kerja kat Melaka je. Sebab, keselamatan terjamin, duduk rumah, tak payah sibuk-sibuk dengan sewa rumah lah, transportation lah, itu-lah ini lah. Yeah, dorang concern. Sebab sayang dengan kau. Lagipun, dorang risau kemungkinan yang macam-macam. Takut sesuatu yang tak baik berlaku. Tau-tau sajalah sekarang, duduk rumah pun tak semestinya selamat. Apa lagi di tempat orang.
Tapi kau tak nak. Kau nak grab gak the opportunity nak kerja under O&G industry. Lagipun kena belajar berdikari. Kau buang segala kemungkinan buruk yang berlaku, kau nak terima. Tetapi, bila mintak pendapat orang sekeliling, membuatkan kau down sebab dorang suggest kerja dekat hometown sebab selesa dan keselamatan terjamin. Akhirnya, kau tolak offer kat O&G tu, kau terima offer kerja as production specialist yang rasanya agak lari dari bidang kau.
Situasi kedua:
Habis degree, kau nak sambung master. Tapi, kau tak sambung dengan supervisor kau masa degree. Nak carik environment baru, kau carik pensyarah dari universiti lain. Which is kau hanya contact pensyarah tu lepas kau check dia punya kepakaran, publication dan bidang dari website universiti. Then dia setuju ambik kau jadi student master under dia, dan dia offer kau jadi research assistant dia sebelum kau dapat offer letter. Blablablabla. Dan akhirnya kau setuju.
Tapi bila kau cakap kat family ke, kawan-kawan ke, diorang akan tanya kau balik. Soalan yang membuatkan kau ragu-ragu balik.
Kau kenal ke pensyarah tu? Kang nanti entah-entah pensyarah tu panas baran ke, ape ke, naya kau punya master nanti!
Kau hati-hati jadi RA ni nanti, aku ada baca forum gak, ada yang mengeluh jadi RA sebab supervisor dia bukan setakat buatkan dia jadi RA, tapi dah macam PA. Semua benda dia kena buat. Sampaikan masa dia ambik master, master dia tunggang langgang sebab buat kerja pensyarah dia. Hati-hati weii!
Tengoklah. Tapi dorang tak take note pun apa yang kemungkinan yang baik. Seperti you can get some opportunities to grab the research grant for your master project, or ada la experience buat research dan lain-lain.
Dan,
Kau ni biar betul nak ambik master ni wei? Ko tau tak, kadang-kadang budak master ni tak laku tau sebab kompeni banyak taknak ambik budak master sebab dorang banyak demand. Job experience tak ada, belaja je tinggi. Blablablabla.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa ramai di antara korang yang baca ni mengalami situasi yang sama seperti di atas. Walaupun jalan cerita tak sama, tapi kinda.. kan? Termasuk aku. Kalau tak, takkan aku menulis ni sebenarnya.
Kadang-kadang aku rasa kena pekakkan telinga. Pekakkan telinga bukan bermakna kita tak mendengar nasihat dan cadangan orang lain. Tapi kita pandai-pandailah fikir buruk baik dia, dan belajar membuat keputusan sendiri, dan berani ambik risiko. Kadang-kadang aku tengok bukan cadangan dan nasihat yang banyak, tapi lebih ke arah mengkondemkan diri je.
Aku tulis ni bukan apa, untuk muhasabah diri gak. Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita mengkondem kawan-kawan ataupun orang yang mintak pendapat kita tanpa kita sedari. Sebab, kita terlalu memikirkan kemungkinan yang buruk dari kemungkinan yang baik-baik.
Ni masanya kita kembali kepada Allah, mintak pertolongan Dia, istikarah, dan mohon yang terbaik dan perlindungan dari Dia. Kita hanya mampu merancang, tapi dia yang menentukan. Sebab kadang-kadang kita selalu lupa yang kita hidup ni, apa yang kita buat, sebenarnya daripada Allah. Yang lain-lain tu lepas kita berusaha, lepas kita merancang apa yang terbaik untuk kita, kita berserah kepada Dia.
Kalau tak, memang kepala hotak berserabut sangat. Tak tenang, rasa nak marah, blaming ourself, then blaming others. At last, jadi paranoid dengan sekeliling.
Oklah. Lama tak blogging. Bukan apa, masalah hidup ni membuatkan aku malas nak blogging. Takut terkeluar apa yang tak patut keluar. Banyak hati perasaan orang kena jaga sekarang.
Satu lagi, sebenarnya kita kena belajar keluar daripada comfort zone. Macam aku dalam masa 5 6 bulan ni.
Okbai.
2 kanak kanak main tepi longkang:
Lama gila carik blog ni..suka baca dari zaman aku takde blog ag. Masa zaman blog ko merah hitam.. haha... weyh..welcome back !
hehehe ni mesti blog fiffy mafia dulu nih.
Post a Comment