Eh hai hai hai. Kenal saya lagi tak? Hikhik ^^
Eh menyampah pulak. Ok dah lebih 2 minggu tak update blog. Sebab busy dan malas. Busy lah sangat kan padahal dok main fesbuk 24 jam.
Now aku tak lagi dok makan tido makan tido kat rumah then bangun je bukak facebook. Tapi memandangkan hari ni Selangor cuti, so 3 hari ni bangun tido pun bukak facebook gak. Kah kah kah.
Ok fine, aku dah seminggu jadi research assistant (RA) kat UPM ni. Start 5 Disember lepas. Memandangkan aku ni jenis yang agak susah nak sesuaikan hati aku dengan environment baru, agak sedih gak la sebenarnya. Contract sampai bulan Mei, lepastu tak tau apa jadi lagi sebab insyaallah bulan 2 ni sama ada aku sambung study kat sini jugak or tidak, tu bergantung kepada keadaan dan rezeki.
Yeah, ko tau ape perasaan kala first time duduk menyewa? Selama ni duduk rumah je kan, then masuk form 1 sampai ke universiti duduk kat hostel dan kolej je. Memandangkan kat UTM memang dimanjakan dari tahun pertama sampai tahun terakhir tak payah duduk luar duduk kolej je even kau punya langsung tak contribute apa-apa dengan kolej, so senang hati. So memandangkan status aku kat UPM ni hanya sebagai RA bukannya student so sedar-sedarlah kau tu dah keje la bongok, bukan pelajar lagi.
So no hal lah. Agak susah pujuk mak ayah aku supaya dorang trust aku duduk sini dengan selamat, since aku tak ada member sangat kat sini (yes, semua budak-budak yang aku baru kenal). Rumah pun aku search kat mudah.my je, and finally dapat gak rumah kat apartment dekar area Desaminium ni. Luckily, akak housemate pun student master kat UPM. And demmmm, aku rasa aku dah dekat Iran kat sini sebab berlambak dengan budak-budak Iran.
Jenis yang tak ambik pusing sangat kan, aku tak tau hari ni cuti ok. Dah tau duduk ni macam sorang-sorang alert lah kan. Bukan macam kat UTM dulu tak ambik tau pun kalau bangun tengok roomate tak pergi kelas boleh tanya, "kelas tak ada ke hari ni?" then dia cakap "eh hari ni cuti lah, tak tau ker?". Sini tak ada tu semua. Dengan housemate pun memandangkan dia busy (serius ambik master by coursework tersangat busy okkk) dan aku pun "busy" kat lab balik petang dia pun tak balik lagi sebab kelas sampai malam, so memang tak ada masa sangat nak borak.
Ok lah itu saja bai!
3 kanak kanak main tepi longkang:
umur 21thn dah jadi RA... baguih2. ni nak sambung master la ni kan?
Mmg susah nak nk sesuaikan diri.. alah..ko kan rock.. suka sorang2.. ak rasa xjadi msalah kot?
uikss....jd RA fakulti mane?sape lecture nye???
Post a Comment