Monday, December 19, 2011

Pelangi yang berwarna warni di musim tengkujuh.

Dah 2 minggu aku kat sini kan, semua baru. Jumpa dengan orang-orang yang aku baru kenal dengan life macam-macam. Life yang ko rasa macam, eh, ada ke orang hidup dia macam gini? Sebab selama ni ignorant, jiran sebelah rumah pun tak ambik tahu, yang kau tahu hidup kau sorang je. Kau rasa susah, kau rasa kau je yang pling susah hidup kat dunia ni padahal kau kira orang yang paling beruntung.

Aku duduk kat Desaminium Flora kat Lestari Perdana ni, dan pergi balik kerja naik bas UPM sebab aku transport-less kat sini. So sementara menunggu bas di pagi hari setiap hari, aku duduk la borak dengan akak yang jual nasi lemak seberang jalan apartment aku duduk ni. Jadi dia rajin lah bercerita pasal pasang surut meniaga ni.

Bangun pagi awal, dah masak nasi lemak, kuih muih untuk dijual bermula dalam pukul 6.30 pagi gitu. Dia ada anak 2 orang yang tolong dia, umur 15 tahun perempuan dan lelaki umur 6 tahun. So pagi-pagi cuti sekolah ni budak-budak lain sibuk mengongkang terkangkang kat dalam bilik tidur bangun 12 tengahari lepastu tengok kartun sampai petang, anak-anak dia dah tolong dia meniaga dah. Tolong bangunkan payung kat meja tu, kupas telur rebus, layan pelanggan. Anak dia yang form 3 tu pun baya adik aku, jauh gila beza dia dengan adik aku, yang adik aku cuci pinggan sendiri lepas makan pun tak reti. Aku? Padahal umur dah 21 ni pun liat sangat nak tolong mak kat rumah. Weh, aku insaf sendiri weh.

Dan macam-mana kalau ada orang dengki pulak, biasalah Melayu kan. Walaupun jual nasik lemak pagi hari kalau dah ramai pelanggan tu tetap jugak ada orang dengki. Bukannya dia untung juta-juta sehari, tapi hati manusia ni ada sesetengahnya sangat busuk. Tapi dia tetap sabar, then ramah berborak dengan pelanggan-pelanggan dia.

Kadang-kadang aku selalu mengeluh dan memang tak sabar dengan cabaran. Padahal cabaran kau tu ape je la Fiffy. Offer letter lambat keluar pun kau rasa nak mengamuk. Lambat tunggu bas sikit, kadang-kadang tertinggal bas ikot masa pun rasa nak marah. Kah kah kah. Loser.

Driver bas pun aku rajin borak. Sebab kat sini banyak student Iran UPM, so sebenarnya berapa orang je local student naik bas UPM dari sini ke kampus. Jadi, suara aku lah yang pumpang pung pang borak dengan driver bas dorang cerita macam macam pengalaman dorang. Ada bekas askar, ada memang dah lama, macam macam.

2 minggu ni mengajar aku untuk tak menjadi terlalu ignorant macam dulu. Jadi ignorant kadang-kadang menyebabkan diri menjadi selfish walaupun kau rasa kau tak kacau orang, buat hal sendiri.

Oklah itu saja nak sambung study bai.

Status Facebook.

Benda paling aku malas buat sekarang ialah update blog. Aku tak tau la kenapa la aku dulu boleh update bende ni hari-hari? 


Tapi sekarang bende aku rajin buat ialah merapu kat Facebook. Bukan sekarang sebenarnya dari dulu. Kah kah kah.


Kadang-kadang bende yang aku nak update dan ulas kat blog aku dah merepek-repek kat facebook dan twitter jadi tak lah aku update kat sini kan? Gila benak tak ada kerja kau nak update kat facebook lepastu kat blog?


Jadi untuk mengisi entry kat sini, aku kopi pes status facebook aku.


Pertama: 


Benda yang paling aku menyampah ialah kalau nak promot business, kau tak focus on your products and services yang company buat, sebaliknya kau sibuk buat testimony berapa income dan komisyen yang orang-orang company tu after buat sales.

Panjang je aku explain. MLM lah. MLM. Yang bukan MLM pun ada.
Apa kejadah website pusat tuisyen, tapi dok tayang2 berapa income cikgu tuisyen yang mengaja kat situ sebulan?

Kedua:

Siap ada header pulak facebook nih. Jangan nanti siap ada theme background then siap boleh customize font, layout pakai html code macam friendster dulu-dulu pulak.

Ketiga:

Kalau kau nak jadi ahli politik, kau kena belajar berfikir apa impak kepada tindakan kau sama ada boleh bagi good/bad effect kat orang lain. Dan apa kesannya kepada masa panjang.

Kalau dah tak boleh nak fikir yang kau buat demo tepi jalan sampai nak ganggu orang nak pergi kerja, jalan jam, takpun sampah bergelimpangan dari brosure/banner yang kau buat tu, macam mana kau nak jadi pemerintah negara? Bende kecik pun tak boleh nak fikir?

Oh, aku ni siapa je la nak bg 2cent. Just seorang graduan yg tak ada semangat kepimpinan.


Keempat:

Ah, cerita korea ni kadang2 typical macam cerita Melayu. Asal mula-mula berjumpa je pasal terlanggar lah, gaduh lah, buat trabel kat shopping complex lah. Lepastu mesti hero dia CEO or orang kaya yang ada projek juta-juta.

Kelima:

Sia-sia je dapat straight A spm, ambik medik kat Dublin, end upnya study x habis then kawen dengan gay. Lagi parah mak bapak kena saman almost 1 juta sebab kerja bodoh kau tu. Pergi mampos lah dengan apa kau buat, aku tak kisah. Tapi kesian dengan mak bapak dan family kau tau tak?


Dah woi. Dah woi. Aku nak tido. Esok aku kerja.

Monday, December 12, 2011

Kehidupan yang tak berapa nak baru.

Eh hai hai hai. Kenal saya lagi tak? Hikhik ^^

Eh menyampah pulak. Ok dah lebih 2 minggu tak update blog. Sebab busy dan malas. Busy lah sangat kan padahal dok main fesbuk 24 jam.

Now aku tak lagi dok makan tido makan tido kat rumah then bangun je bukak facebook. Tapi memandangkan hari ni Selangor cuti, so 3 hari ni bangun tido pun bukak facebook gak. Kah kah kah.

Ok fine, aku dah seminggu jadi research assistant (RA) kat UPM ni. Start 5 Disember lepas. Memandangkan aku ni jenis yang agak susah nak sesuaikan hati aku dengan environment baru, agak sedih gak la sebenarnya. Contract sampai bulan Mei, lepastu tak tau apa jadi lagi sebab insyaallah bulan 2 ni sama ada aku sambung study kat sini jugak or tidak, tu bergantung kepada keadaan dan rezeki.

Yeah, ko tau ape perasaan kala first time duduk menyewa? Selama ni duduk rumah je kan, then masuk form 1 sampai ke universiti duduk kat hostel dan kolej je. Memandangkan kat UTM memang dimanjakan dari tahun pertama sampai tahun terakhir tak payah duduk luar duduk kolej je even kau punya langsung tak contribute apa-apa dengan kolej, so senang hati. So memandangkan status aku kat UPM ni hanya sebagai RA bukannya student so sedar-sedarlah kau tu dah keje la bongok, bukan pelajar lagi.

So no hal lah. Agak susah pujuk mak ayah aku supaya dorang trust aku duduk sini dengan selamat, since aku tak ada member sangat kat sini (yes, semua budak-budak yang aku baru kenal). Rumah pun aku search kat mudah.my je, and finally dapat gak rumah kat apartment dekar area Desaminium ni. Luckily, akak housemate pun student master kat UPM. And demmmm, aku rasa aku dah dekat Iran kat sini sebab berlambak dengan budak-budak Iran.

Jenis yang tak ambik pusing sangat kan, aku tak tau hari ni cuti ok. Dah tau duduk ni macam sorang-sorang alert lah kan. Bukan macam kat UTM dulu tak ambik tau pun kalau bangun tengok roomate tak pergi kelas boleh tanya, "kelas tak ada ke hari ni?" then dia cakap "eh hari ni cuti lah, tak tau ker?". Sini tak ada tu semua. Dengan housemate pun memandangkan dia busy (serius ambik master by coursework tersangat busy okkk) dan aku pun "busy" kat lab balik petang dia pun tak balik lagi sebab kelas sampai malam, so memang tak ada masa sangat nak borak.

Ok lah itu saja bai!