Aku mengenali Facebook dan mula sign up tak silap aku tahun 2008. Masa aku first year degree lagi. Sebab ada member aku suruh aku sign up, so aku sign up je la. Time tu macam lahanat punya dull je facebook sebab tak reti nak main. Ye lah time tu masih lagi top dengan Facebook dengan Myspace sebab zaman indie band tengah meletup so banyak pakai MySpace. Yang paling glemer punya comment kat MySpace time tu ialah:
Hye Gurl! ThAnKs FoR aPProViNg Me YeA, sTay CooL! BTW DuNt fOrGeT Ma pIcCa k!
Ce try komen macam ni kat facebook dengan twitter aku, maunya nak kene penampar free.
Time 2009-2010 dulu facebook masih glemer dengan kuiz. Yeah try jawab kuiz macam-macam yang superlahanat punya merepek. Yang aku ingat lagi kuiz nya berbunyi macam kat bawah ni:
1. Sejauh manakah anda mengenali universiti anda iaitu UTM?
(Aku ingat bende ni sebab jawapan kuiz tu cakap aku sangat tau kira bonggol-bonggol sekitar UTM tu cis)
2. Apakah pekerjaan anda di masa akan datang?
3. Bagaimanakah rupa anak anda nanti?
4. Adakah anda orang negeri Sarawak/Negeri-negeri lain yang sejati?
5. Adakah anda seorang yang setia (Merangkumi pelbagai jenis kuiz untuk orang-orang jiwang)
Dan macam-macam lagi. Banyak benda aku nak state kang.
Lepastu siap ada tok nujum lagi, oran tanya macam-macam dia jawab pun merepek meraban. Sehingga ada yang cakap dok bertanya dengan tok nujum tu ialah haram sebab boleh menyebabkan syirik =.=".
Then pulak, ada pulak yang jenis suka babab orang dengan bantal kat facebook. Habis wall kena sepam dengan benda alah tu. Then paling gila aku addict main Barn Buddy. Punya lah berebut balik dari kelas nak ke bilik sebab takut tanaman aku kene curi orang. Bila kenang balik rasa nak terajang kepala aku sendiri.
Tapi zaman tu lagi enjoy main Facebook. Sehinggalah zaman sekarang, segala serbanistas, judgmental, kaki jatuhkan fatwa sebarangan, kaki share macam-macam termasuk hadis palsu dan fitnah, theory konspirasi dan macam-maca semua ada. Belum lagi gaduh kerana politik lah, pertahankan ustaz favourite dorang lah, pertahankan Anwar Berahim lah, gadoh pasal Adam Adli dengan AUKU lah, macam-macam. Tetibe je aku rasa macam Facebook ni dah macam tempat persidangan rakyat Malaysia dalam membincangkan hal hal serius yang kadang kadang tak dapat dicerna oleh akal aku.
Sampaikan kadang-kadang nak bergurau, sarkasm, banyak mata yang melihat dan salah faham, menyebabkan sedikit pergaduhan, blablabla.
Okdah. Penat tau merapu pukul 3 pagi ni. Aku nak tido. Babai!
1 kanak kanak main tepi longkang:
haha. btol2.
facebook 4 taun lepas lagi meriah dari skang.
Post a Comment